Gambor-gambor kat bawah ni ditangkap maser anak-anak Teghoso muat Haghi Keluarger . Pasnih, teman akan siorkan gambor-gambor len pulak. Teman teghimer gambor-gambor Haghi Keluarger ini manyak bebenor. Jadi teman siorkan sikit-sikit. Idakler mengkome jemu nanti.
Semuanyer dah sedier. Pengacagher pon dah ghedi. Ughusetia pon gitu jugak. Peserta aper tah lagi berkobar-kobar nak men sukaneka. Boleh men belon. Boleh men ayor. Boleh men gelong ghotan. Leh dapat adiah lagi.
Wednesday, August 17, 2011
AGHI KELUARGER ANAK-ANAK TEGHOSO
Sunday, May 22, 2011
PENGHARGAAN DAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH
ALUMNI SK TROSOR
merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada
semua pihak yang telah menjayakan
Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011.
merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada
semua pihak yang telah menjayakan
Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011.
Saturday, May 21, 2011
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIIK
Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Siri Kedua telah diadakan pada 21 Mei 2011. Siri kedua ini adalah merangkumi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Seperti biasa murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Trosor mengikut program ini. Terima kasih kepada fasilitator yang terlibat dalam kedua-dua siri ini.
Ketekunan dan ketenangan terpalit di wajah semua peserta Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 2. Semoga usaha ALUMNI Sk Trosor ini akan dapat memberi manfaat kepada semua peserta.
Sampai senget badan yong oiiii. Posisi macam mana pun tak kisah asalkan soalan berjawab dan teknik menjawab soalan difahami dan akan dipraktikkan masa UPSR 2011 nanti.
Lagi, seorang peserta Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 2 tekun menjawab soalan yang diberi oleh fasilitator.
Menjawab soalan dengan penuh keyakinan. Ketenangan adalah situasi yang amat penting dalam sesuatu peperiksaan. Elakkan dari sikap gopoh kerana ia akan menyebabkan berlakunya kecuaian.
Seorang lagi peserta Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011. Wajah yang menyakinkan. Pencapaian 5A akan dikecapi dalam UPSR 2011 nanti. Teruskan usaha dan doakan.
Oisss, sampai terlentuk kepala kerana tekun menjawab soalan. Teruskan usaha yang gigih, Insya-Allah akan tercapai apa yang dihajati dalam UPSR 2011 nanti.
Keceriaan terpancar pada salah seorang peserta program. Mungkinkah pencapaian 5A dalam UPSR 2011 akan dikecapi. Teruskan usaha dan berdoa kepada Allah swt.
Tunduk menjawab soalan. Begitu gigih mereka menimba ilmu yang dicurahkan oleh fasilitator dalam Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011.
Fasilitator memberi bimbingan setelah memberi syarahan atau penerangan mengenai teknik menjawab soalan UPSR. Melalui bimbingan maka akan bertambah yakinlah peserta-peserta untuk menghadapi UPSR nanti.

Saturday, May 14, 2011
TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU DAN SAINS
Hari ini 14 Mei 2011 (Sabtu) telah berlangsung Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 1. Seramai 75 orang murid Tahun 6, telah mengikuti program ini. Mereka terdiri dari murid Sekolah Kebangsaan Trosor dan murid Sekolah Kebangsaan Temin. Siri 1 ini mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan subjek Bahasa Melayu dan Sains.
Tunduk dan tekun. Masa masih awal. Itu sebab masing-masing boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada penerangan fasilitator.
Ada yang mencatat dan ada yang bersembang. Ada pula yang main jenguk-jenguk ke belakang. Nak mengusik kawan atau meminjam pemadam?
Terpegun mendengar ceramah yang begitu menarik atau terasa ada orang hendak mengambil gambar. Macam mana pun masih menunjukkan konsentrasi.
Berbaris nak mengambil gambar atau hendak mengambil makanan. Kasihan, sudah perut lapar kena pula berbaris tengah panas.
Sudah tak sabar hendak mengisi perut dengan makanan. Ada yang mengintai-ngintai. Dalam hati tertanya-tanya, apakah makanan yang istimewa pada hari ini?
Kalau perut dah lapar, tak mampu lagi nak memandang kiri dan kanan. Suap makanan itu perlahan-lahan. Jangan gelojoh, nanti tersedak pula.
Berbagai gaya peserta mengadap makanan. Masing-masing dengan aksi tersendiri. Maklumlah gambar akan masuk ke dalam blog yang boleh ditatapi ke seluruh dunia.
Peserta mendengar dengan penuh kusyuk. Begitu juga dengan guru-guru yang mengiring mereka. Selepas ini kenalah memberi bimbingan selanjutnya di sekolah.
Sempat lagi memberi aksi iklan "colgate" pula. Betul juga, bila lagi nak beraksi? Tak kiralah ketika atau situasi yang bagaimana. Janji gambar mesti cantik.
Ini mesti kena denda sebab tidur. Sebenarnya mereka diminta menunjukkan bakat dalam "Juara Lawak". Hebat juga pasilitator ini, maklumlah "Guru Cemerlang".
Bangun, duduk, bangun, duduk, bangun, duduk. Terima kasih cikgu dan selamat pulang cikgu. Betul ke mereka memberi ucapan begitu?

Bangun, duduk, bangun, duduk, bangun, duduk. Terima kasih cikgu dan selamat pulang cikgu. Betul ke mereka memberi ucapan begitu?Wednesday, April 27, 2011
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor
(ALUMNI SK TROSOR)
akan menganjurkan
PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
pada ketetapan berikut:-
Tarikh:- 14 Mei 2011 (10 Jamadil-Akhir 1423)
Hari:- Sabtu
Masa:- 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Subjek:- Bahasa Melayu dan Sains
Tempat:- Sekolah Kebangsaan Trosor
Tarikh:- 21 Mei 2011 (17 Jamadil-Akhir 1423)
Hari:- Sabtu
Masa:- 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Subjek:- Bahasa Inggeris dan matematik
Tempat:- Sekolah Kebangsaan Trosor
Peserta adalah terdiri dari semua murid Tahun Enam
Sekolah Kebangsaan Trosor
Untuk menjayakan program ini, ALUMNI SK Trosor memerlukan bantuan dan sumbangan dari semua bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor. Sehubungan itu bantuan dan sumbangan anda hendaklah dimasukkan ke akaun ALUMNI SK Trosor seperti berikut,
RHB Islamik Bank Berhad
No Akaun:- 1 - 58226 - 0004113 - 4
BANTUAN DAN SUMBANGAN ANDA DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

Friday, April 8, 2011
MESYURAT AGUNG ALUMNI SK TROSOR KALI KE-5
Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor (ALUMNI SK Trosor) telah dijalankan pada 8 April 2011 (Jumaat) Jam 9.00 malam. Mesyuarat Agung kali ke-5 ini telah dirasmikan oleh seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor. Beliau merupakan mantan Penasihat Undang-Undang Tenaga Nasional Berhad dan kini merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam pertanian dan ternakan ayam.
Mesyuarat Agung sedang berjalan. Masing-masing meneliti Penyata Mesyuarat Agung di tangan.
Ahli-ahli wanita turut memberi komitmen yang tinggi terhadap ALUMNI SK Trosor ini.
Yang Dipertua ALUMNI SK Trosor Abdul Mutai bin Mat Norddin
menyampaikan cenderamata kepada
Kamalul Ariffin bin Haji Othman
(Mantan Penasihat Undang-Undang TNB)
yang merasmikan Mesyuarat Agung ALUMNI SK Trosor kali ke-5 ini.
Bersembang-sembang sambil menunggu Mesyuarat Agung bermula, Mesti ada yang menarik hati antara kedua-dua mereka ini atau pun bersembang mengenai projek-projek yang bakal dijalankan. Maklumlah kedua-dua mereka usahawan yang berjaya.
Sebahagian ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung ALUMNI SK Trosor kali ke-5.
Masing-masing hadir membawa semangat yang tinggi untuk bersama-sama memantapkan persatuan ini.
Lihat mereka dengan gaya yang tersendiri.
Ahli-ahli wanita turut memberi komitmen yang tinggi terhadap ALUMNI SK Trosor ini.
Sunday, March 27, 2011
MESYUARAT AGONG ALUMNI SK TROSOR
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
ALUMNI SK TROSOR
KALI KE-5
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor (PBPSKT - Alumni SK Trosor) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 pada ketetapan berikut:-
TARIKH:-
8 April 2011 (4 Jamadil-Awal 1432)
HARI:-
Jumaat
JAM:-
9.00 malam
TEMPAT:-
Kantin, Sekolah Kebangsaan Trosor
Sehubungan itu, SEMUA AHLI dan semua Bekas Pelajar SK Trosor adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat agung tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah amat diperlukan demi untuk kemajuan persatuan ini.
SELAMAT BERSIDANG
TERIMA KASIH.
Friday, March 4, 2011
DI MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI
PROGRAM MOTIVASI KELUARGA
Tarikh:- 6 Mac 2011 (Ahad)
Masa:- 8.30 malam
Tempat:- Sekolah Kebangsaan Temin
Anjuran:- PIBG SK Temin dan Alumni SK Trosor
"Semua dijemput hadir bersama mengikut program tersebut"
Tarikh:- 6 Mac 2011 (Ahad)
Masa:- 8.30 malam
Tempat:- Sekolah Kebangsaan Temin
Anjuran:- PIBG SK Temin dan Alumni SK Trosor
"Semua dijemput hadir bersama mengikut program tersebut"
Subscribe to:
Posts (Atom)