Saturday, May 14, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU DAN SAINS

Hari ini 14 Mei 2011 (Sabtu) telah berlangsung Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 1. Seramai 75 orang murid Tahun 6, telah mengikuti program ini. Mereka terdiri dari murid Sekolah Kebangsaan Trosor dan murid Sekolah Kebangsaan Temin. Siri 1 ini mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan subjek Bahasa Melayu dan Sains.

Tunduk dan tekun. Masa masih awal. Itu sebab masing-masing boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada penerangan fasilitator.

Ada yang mencatat dan ada yang bersembang. Ada pula yang main jenguk-jenguk ke belakang. Nak mengusik kawan atau meminjam pemadam?

Terpegun mendengar ceramah yang begitu menarik atau terasa ada orang hendak mengambil gambar. Macam mana pun masih menunjukkan konsentrasi.

Berbaris nak mengambil gambar atau hendak mengambil makanan. Kasihan, sudah perut lapar kena pula berbaris tengah panas.

Sudah tak sabar hendak mengisi perut dengan makanan. Ada yang mengintai-ngintai. Dalam hati tertanya-tanya, apakah makanan yang istimewa pada hari ini?

Kalau perut dah lapar, tak mampu lagi nak memandang kiri dan kanan. Suap makanan itu perlahan-lahan. Jangan gelojoh, nanti tersedak pula.

Berbagai gaya peserta mengadap makanan. Masing-masing dengan aksi tersendiri. Maklumlah gambar akan masuk ke dalam blog yang boleh ditatapi ke seluruh dunia.

Peserta mendengar dengan penuh kusyuk. Begitu juga dengan guru-guru yang mengiring mereka. Selepas ini kenalah memberi bimbingan selanjutnya di sekolah.

Sempat lagi memberi aksi iklan "colgate" pula. Betul juga, bila lagi nak beraksi? Tak kiralah ketika atau situasi yang bagaimana. Janji gambar mesti cantik.

Ini mesti kena denda sebab tidur. Sebenarnya mereka diminta menunjukkan bakat dalam "Juara Lawak". Hebat juga pasilitator ini, maklumlah "Guru Cemerlang".

Bangun, duduk, bangun, duduk, bangun, duduk. Terima kasih cikgu dan selamat pulang cikgu. Betul ke mereka memberi ucapan begitu?

Pengerusi majlis memberi kata-kata penutup. Ringkas sahaja, maklumlah perut dah lapar. Jam pun sudah pukul 1.30 petang. Jumpa lagi pada 21 Mei 2011 untuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

No comments:

Post a Comment