Sunday, May 22, 2011

PENGHARGAAN DAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH

ALUMNI SK TROSOR

merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada

semua pihak yang telah menjayakan

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011.

Saturday, May 21, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIIK

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Siri Kedua telah diadakan pada 21 Mei 2011. Siri kedua ini adalah merangkumi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Seperti biasa murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Trosor mengikut program ini. Terima kasih kepada fasilitator yang terlibat dalam kedua-dua siri ini.

Ketekunan dan ketenangan terpalit di wajah semua peserta Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 2. Semoga usaha ALUMNI Sk Trosor ini akan dapat memberi manfaat kepada semua peserta.

Sampai senget badan yong oiiii. Posisi macam mana pun tak kisah asalkan soalan berjawab dan teknik menjawab soalan difahami dan akan dipraktikkan masa UPSR 2011 nanti.

Lagi, seorang peserta Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 2 tekun menjawab soalan yang diberi oleh fasilitator.

Menjawab soalan dengan penuh keyakinan. Ketenangan adalah situasi yang amat penting dalam sesuatu peperiksaan. Elakkan dari sikap gopoh kerana ia akan menyebabkan berlakunya kecuaian.

Seorang lagi peserta Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011. Wajah yang menyakinkan. Pencapaian 5A akan dikecapi dalam UPSR 2011 nanti. Teruskan usaha dan doakan.

Oisss, sampai terlentuk kepala kerana tekun menjawab soalan. Teruskan usaha yang gigih, Insya-Allah akan tercapai apa yang dihajati dalam UPSR 2011 nanti.

Keceriaan terpancar pada salah seorang peserta program. Mungkinkah pencapaian 5A dalam UPSR 2011 akan dikecapi. Teruskan usaha dan berdoa kepada Allah swt.

Tunduk menjawab soalan. Begitu gigih mereka menimba ilmu yang dicurahkan oleh fasilitator dalam Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011.

Fasilitator memberi bimbingan setelah memberi syarahan atau penerangan mengenai teknik menjawab soalan UPSR. Melalui bimbingan maka akan bertambah yakinlah peserta-peserta untuk menghadapi UPSR nanti.

Saturday, May 14, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU DAN SAINS

Hari ini 14 Mei 2011 (Sabtu) telah berlangsung Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 1. Seramai 75 orang murid Tahun 6, telah mengikuti program ini. Mereka terdiri dari murid Sekolah Kebangsaan Trosor dan murid Sekolah Kebangsaan Temin. Siri 1 ini mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan subjek Bahasa Melayu dan Sains.

Tunduk dan tekun. Masa masih awal. Itu sebab masing-masing boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada penerangan fasilitator.

Ada yang mencatat dan ada yang bersembang. Ada pula yang main jenguk-jenguk ke belakang. Nak mengusik kawan atau meminjam pemadam?

Terpegun mendengar ceramah yang begitu menarik atau terasa ada orang hendak mengambil gambar. Macam mana pun masih menunjukkan konsentrasi.

Berbaris nak mengambil gambar atau hendak mengambil makanan. Kasihan, sudah perut lapar kena pula berbaris tengah panas.

Sudah tak sabar hendak mengisi perut dengan makanan. Ada yang mengintai-ngintai. Dalam hati tertanya-tanya, apakah makanan yang istimewa pada hari ini?

Kalau perut dah lapar, tak mampu lagi nak memandang kiri dan kanan. Suap makanan itu perlahan-lahan. Jangan gelojoh, nanti tersedak pula.

Berbagai gaya peserta mengadap makanan. Masing-masing dengan aksi tersendiri. Maklumlah gambar akan masuk ke dalam blog yang boleh ditatapi ke seluruh dunia.

Peserta mendengar dengan penuh kusyuk. Begitu juga dengan guru-guru yang mengiring mereka. Selepas ini kenalah memberi bimbingan selanjutnya di sekolah.

Sempat lagi memberi aksi iklan "colgate" pula. Betul juga, bila lagi nak beraksi? Tak kiralah ketika atau situasi yang bagaimana. Janji gambar mesti cantik.

Ini mesti kena denda sebab tidur. Sebenarnya mereka diminta menunjukkan bakat dalam "Juara Lawak". Hebat juga pasilitator ini, maklumlah "Guru Cemerlang".

Bangun, duduk, bangun, duduk, bangun, duduk. Terima kasih cikgu dan selamat pulang cikgu. Betul ke mereka memberi ucapan begitu?

Pengerusi majlis memberi kata-kata penutup. Ringkas sahaja, maklumlah perut dah lapar. Jam pun sudah pukul 1.30 petang. Jumpa lagi pada 21 Mei 2011 untuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.