Friday, November 18, 2011

CEMERLANG UPSR SK TROSOR

TAHNIAH
PENCAPAIAN CEMERLANG UPSR 2011 - 5A

Tahniah kepada empat orang pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor atas pencapaian cemerlang 5A dalam UPSR 2011.

Fatin Alawiyah bt, Ahmad Sahimi

Mohammad Ashman Raiyan b. Mohammad Ashar

Nur Fatien Amila bt. Mohamad Yusri

Nor Izzati Nazifa bt. Jamaludin

Friday, November 4, 2011

SALAM AIDILADHA DARI ALUMNI SK TROSOR

PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TROSOR
(Alumni SK Trosor)
mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA HAJI

kepada semua bekas pelajar SK Trosor


Saturday, September 10, 2011

MUSIM PEPERIKSAAN AKAN BERMULA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2011
Pada 13 September 2011 hingga 15 September 2011

Kepada semua calon (Umumnya)
dan
kepada semua calon dari Sekolah Kebangsaan Trosor (Khasnya)
diucapkan
Selamat Menduduki UPSR
Didoakan semoga mencapai kejayaan yang cemerlang.

Wednesday, August 17, 2011

AGHI KELUARGER ANAK-ANAK TEGHOSO

Gambor-gambor kat bawah ni ditangkap maser anak-anak Teghoso muat Haghi Keluarger . Pasnih, teman akan siorkan gambor-gambor len pulak. Teman teghimer gambor-gambor Haghi Keluarger ini manyak bebenor. Jadi teman siorkan sikit-sikit. Idakler mengkome jemu nanti.

Semuanyer dah sedier. Pengacagher pon dah ghedi. Ughusetia pon gitu jugak. Peserta aper tah lagi berkobar-kobar nak men sukaneka. Boleh men belon. Boleh men ayor. Boleh men gelong ghotan. Leh dapat adiah lagi.

Pengacagher sukaneka sedang magi taklimat pader peserta-peserta kecek. Ughusetia pulak tuh tengah nyemak namer. Maner tau kut-kut ader PATI pulak dalam keluarger ini.

Biler pulak geleghan kami? Dah lengoh kaki kami berdighi nih. Yang demer kat ujong tuh sembang ajer. Maghi ler sini. Kami pon nak men jugak.

Iniler cagher yang betui untok membaling buah nyor. Mengkome keneler belajor. Tengok camaner teman megang buah nyor tuh, kan ker dengan penoh yakin?

Nyor nak pegang. Botui pun nak di ekjas. Macamaner neh? Buat satu-satu ler. Nak buat duer sekali susah woi. Tuh, botui ayor mineral saper yang deme ambek?

Mengkome kener dengor aghahan. Kalo mengkome silap dengor nanti silap pulak. Nanti idak dapat mater pulak. Kesehan pulak geng-geng yang len. Sebab di kiter soghang punah pulak haghapan yang len.

Ini dier oghang lamer nak cuber. Penuh keyakinan. Penuh gayer. Penuh skill. Memang hebat Abang Dee kiter nih. Abang Dee mesti jadi johan punyer. See my leg laaaaa.

Tepat dak teman lontor tuh? Memasing nenang ke aghah tempat yang dituju. Kalo nengok pada wajah nampak ader keyakinan. Mesti tepat punyer. Hebat gak yong kiter nih yerk?

Tuh dier, pengacagher udah nunjukkan cagher-cagher macamaner nak ngisikan ayor dalam botoi. Mengkome nengok betui-betui nanti silap dibateikan pulak oleh hakim susah nanti.

Ayor udah habeh? Jom kiter pegi ambek kat Sunga Pelus tuh. Pastuh kiter ghonggah ke dalam botoi bior cepat penohnyer. Kalo pakei span bilerler nak penohnyer.

Cepat nak oiii cepat. Nanti kompolan kiter boleh menang. Cepat. Cepat. Tengok tuh udah nak penoh botoi kita anak oiii. Gitu agaknyer kater mak budak pompuan nih beghi semangat.

Besornyer botoi. Laghat ker anak oiii nak ngisi ayor ikot span ajer. Camaner pon mengkome kener keghojer samer bagi penoh botoi tuh. Cepat cepat maser udak nak abeh.

Bebudak nih men baldi pulak. Aper kat tangan budak pompuan tuh yerk? Nih mesti men ngisi ayor dalam botoi. Ambek ayo daghi dalam baldi, ngunerkan sepan pastu isi dalam botoi. Sonok bebenor mengkome men yerk?

Nak tarek kemaner pulak buah nyor tuh anak oii? Tak payah tarek tarek ler. Ambek ngan tangan jer cepat sikit. Nih mesti takot kat mak dier ker saper ker yang cekak pinggang tuh.

Tarek anak oiii. Tarek.... Pengacaghernyer pon memang hebat kalo nengok pader gayernyer tuh. Anak-anak Tenghoso nih memang berbakat-bakat. Ituler biler ader peluang njumper abeh segale bakat terpendam kluor.

Satu soghang megang buah nyor. Memacam cagher mengkome malingnyer ngikut setail memasing. Ituler ghagam mak-mak budak biler men sukaneka.

Patutler buah nyor dah ilang kat kedei. Mengkome kalo yer pon bagi tau ler yang mengkome nak ngunerkan buah nyor tuh nak neget botoi. Udak memacam pemainan mnegkome men mase aghi keluarger nih yerk?

Aper yang ditadahkan tuh? Memacam hel mengkome buat yerk? Namernyer pon sukaneka. Betui dak? Sukan aneka maka jadiler sukaneka.

Untungnyer "tokeh" tisu. Ntah beghaper gulong tisu mengkome peghabehkan untuk ngulong soghang-soghang tuh yerk?

Ciannyer budak kecek tuh kener balot selughoh badannyer. Aper ker hel nyer mengkome nih nak malot-malot oghang pulak weh?

Oghang kalo nak ngapan pon kasi baghengler. Idak peghonah teman nengok oghang ngapan berdighi. Weh! Budk pompuan tuh sadin ajer mukernyer. Idaknyer takot?

Tuh dier. Bukan calang-calang oghang yang mengkome ngambek jadi hakim. Oghang kuat Celcom pon mengkome boleh pangge? Memang mengkome hebat. Teman tabek dua belah tangan kat mengkome.

Ini "mumia" ker aper ke bendernyer? Eh bebudak soghang nih beghani pulak? Boleh gelak-gelak kat "robot" tuh? Kreatif bebenor mengkome yerk. Tahniah daghi teman.

He he he ader ker patut men tompang-tompang tangan tuh kat sekitel? Dah macam tongkat pulak sekitel tuh mengkome buat. Jangan maghah yer. Teman ngusek ajer.

Aper kener pulak tu weh? Saper yang ngejor mike tuh? Ader ker patut men-men ngelileng sekitel pulak tuh?

Hei! hei! hei! Jangan mengkome gelak kat oghang yer? Oooo bukan gelak kat oghang ghopernyer mengkome tuh. Maaf ler yerk. Teman agak ajer. Mengkome nih memang ceghier bebenor pader aghi tuh. Baguis, idop memang nak ceghier.

Pasangan yang "ideal". Sehati sejiwa. Tengok tuh baju pon samer kaler. Ini macam rakaman program "Sehati Berdansa" ajer. Betui ker?

TERIMA KASIH ANJANG KERANER BEKELKAN TEMAN CD YANG PENOH NGAN GAMBOR-GAMBOR HAGHI KELUARGER ANAK-ANAK TEGHOSO.

Sunday, May 22, 2011

PENGHARGAAN DAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH

ALUMNI SK TROSOR

merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada

semua pihak yang telah menjayakan

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011.

Saturday, May 21, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIIK

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Siri Kedua telah diadakan pada 21 Mei 2011. Siri kedua ini adalah merangkumi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Seperti biasa murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Trosor mengikut program ini. Terima kasih kepada fasilitator yang terlibat dalam kedua-dua siri ini.

Ketekunan dan ketenangan terpalit di wajah semua peserta Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 2. Semoga usaha ALUMNI Sk Trosor ini akan dapat memberi manfaat kepada semua peserta.

Sampai senget badan yong oiiii. Posisi macam mana pun tak kisah asalkan soalan berjawab dan teknik menjawab soalan difahami dan akan dipraktikkan masa UPSR 2011 nanti.

Lagi, seorang peserta Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 2 tekun menjawab soalan yang diberi oleh fasilitator.

Menjawab soalan dengan penuh keyakinan. Ketenangan adalah situasi yang amat penting dalam sesuatu peperiksaan. Elakkan dari sikap gopoh kerana ia akan menyebabkan berlakunya kecuaian.

Seorang lagi peserta Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011. Wajah yang menyakinkan. Pencapaian 5A akan dikecapi dalam UPSR 2011 nanti. Teruskan usaha dan doakan.

Oisss, sampai terlentuk kepala kerana tekun menjawab soalan. Teruskan usaha yang gigih, Insya-Allah akan tercapai apa yang dihajati dalam UPSR 2011 nanti.

Keceriaan terpancar pada salah seorang peserta program. Mungkinkah pencapaian 5A dalam UPSR 2011 akan dikecapi. Teruskan usaha dan berdoa kepada Allah swt.

Tunduk menjawab soalan. Begitu gigih mereka menimba ilmu yang dicurahkan oleh fasilitator dalam Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011.

Fasilitator memberi bimbingan setelah memberi syarahan atau penerangan mengenai teknik menjawab soalan UPSR. Melalui bimbingan maka akan bertambah yakinlah peserta-peserta untuk menghadapi UPSR nanti.

Saturday, May 14, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU DAN SAINS

Hari ini 14 Mei 2011 (Sabtu) telah berlangsung Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 Siri 1. Seramai 75 orang murid Tahun 6, telah mengikuti program ini. Mereka terdiri dari murid Sekolah Kebangsaan Trosor dan murid Sekolah Kebangsaan Temin. Siri 1 ini mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan subjek Bahasa Melayu dan Sains.

Tunduk dan tekun. Masa masih awal. Itu sebab masing-masing boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada penerangan fasilitator.

Ada yang mencatat dan ada yang bersembang. Ada pula yang main jenguk-jenguk ke belakang. Nak mengusik kawan atau meminjam pemadam?

Terpegun mendengar ceramah yang begitu menarik atau terasa ada orang hendak mengambil gambar. Macam mana pun masih menunjukkan konsentrasi.

Berbaris nak mengambil gambar atau hendak mengambil makanan. Kasihan, sudah perut lapar kena pula berbaris tengah panas.

Sudah tak sabar hendak mengisi perut dengan makanan. Ada yang mengintai-ngintai. Dalam hati tertanya-tanya, apakah makanan yang istimewa pada hari ini?

Kalau perut dah lapar, tak mampu lagi nak memandang kiri dan kanan. Suap makanan itu perlahan-lahan. Jangan gelojoh, nanti tersedak pula.

Berbagai gaya peserta mengadap makanan. Masing-masing dengan aksi tersendiri. Maklumlah gambar akan masuk ke dalam blog yang boleh ditatapi ke seluruh dunia.

Peserta mendengar dengan penuh kusyuk. Begitu juga dengan guru-guru yang mengiring mereka. Selepas ini kenalah memberi bimbingan selanjutnya di sekolah.

Sempat lagi memberi aksi iklan "colgate" pula. Betul juga, bila lagi nak beraksi? Tak kiralah ketika atau situasi yang bagaimana. Janji gambar mesti cantik.

Ini mesti kena denda sebab tidur. Sebenarnya mereka diminta menunjukkan bakat dalam "Juara Lawak". Hebat juga pasilitator ini, maklumlah "Guru Cemerlang".

Bangun, duduk, bangun, duduk, bangun, duduk. Terima kasih cikgu dan selamat pulang cikgu. Betul ke mereka memberi ucapan begitu?

Pengerusi majlis memberi kata-kata penutup. Ringkas sahaja, maklumlah perut dah lapar. Jam pun sudah pukul 1.30 petang. Jumpa lagi pada 21 Mei 2011 untuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.