Friday, August 6, 2010

PROGRAM PECUTAN AKHIR

Program "Pecutan Akhir" untuk murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Trosor telah berjaya dijalankan pada 5 Ogos 2010 (Khamis). Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Tahniah kepada Alumni SK Trosor, PIBG serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Trosor kerana telah menjayakan program ini. Didoakan semoga kecemerlangan dalam UPSR akan dinikmati oleh anak-anak Trosor.

Wajah ceria teraju utama Sekolah Kebangsaan Trosor Puan Noraini binti Ibrahim (Guru Besar) dan Tuan Haji Nawawi bin Haji Taharim (YDP PIBG) semasa program sedang berjalan.

Keletihan tetapi ada kepuasan itulah agaknya yang dialami oleh Cikgu Ahmad Termizi bin Abd. Rahim. Salah seorang anak tempatan yang berkhidmat sebagai pendidik di sekolah ini. Keletihan dapat disorokkan dek muke yang hensem.........

Penuh khusyuk, Guru Besar bersama guru-gurunya yang jelita. Sempat posing lagi tuh, hebat-hebat deme tuh. Guru Besar penuh khusyuk, tudung kuning tuh serios ajer, tudung coklat tersenyum simpul dan tudung biru tuh pulak tersenyum manja..... alahai

Penceramah bersama dengan murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Trosor yang mengikuti program "Pecutan Akhir" anjuran ALUMNI SK Trosor.

Murid-murid lelaki yang mengikuti program ini. Semoga mereka berjaya dengan cemerlangnya dalam UPSR 2010.

Ini pula murid-murid perempuan yang mengikuti program ini. Mereka semuanya nampak ceria dan seronok dapat mengikuti program ini.

Kasih seorang ayah yang sedang membisikkan kata-kata semangat sebagai pendorong kepada anak lelakinya agar mencapai kejayaan yang cemerlang dan ini harapan seorang ayah.

Belaian manja seorang ibu kepada anak lelakinya. Begitulah sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

"Jangan menangis sayang!" Begitulah agaknya pujukan seorang ayah terhadap anak perempuannya yang sedang terharu ketika mengikuti program ini. Semoga air mata yang tercurah itu menjadi saksi kecemerlangan yang akan dicapai. Insya-Allah.

Ibu dan anak, sama-sama terharu ketika mengikuti program ini. "Terima kasih mak!" Mungkin itu kata-kata yang diluahkan oleh anak kepada ibunya yang telah melahirkannya ke dunia ini.

Sungguh ramai ibu-ibu yang hadir. Memang begitu rasminya, ibu lebih ramai datang ke majlis-majlis seperti ini. Terima kasih ibu-ibu.

Sambutan dari kaum bapa juga tidak kurang hebatnya. Kerusi kosong itu bukan menandakan tak orang yang duduk tetapi yang duduk kat kerusi tu pergi keluar sebentar. Mungkin ke tandas atau mungkin juga "ambil udara".

Penceramah bergambar beramai-ramai selepas program ini berakhir kelihatan dari kira, Cikgu Ahmad Termizi bin Abd. Rahim (Guru), Haji Abdul Mutai bin Mat Norddin (YDP Alumni SK Trosor), Haji Nawawi bin Haji Taharim (YDP PIBG), Encik Muhammad Azir bin Ismail (Penceramah), Cikgu Noraini binti Ibrahim (Guru Besar), Cikgu Fadhilah binti Haji Abas (Guru) dan Ustazah Azalina (Guru)

Wednesday, July 7, 2010

BERSAMA UNTUK KECEMERLANGAN

Program Bersama Calon UPSR 2010
Sekolah Kebangsaan Trosor.

"PECUTAN AKHIR"

Tarikh:-
5 Ogos 2010

Hari:-
Khamis

Jam:-
8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat:-
Dewan Abdul Malek Alwi Kampung Trosor

Anjuran:-
ALUMNI SK Trosor

Dengan Kerjasama:-
PIBG SK Trosor

Tentatif Program

8.00 pagi - 8.30 pagi
Pendaftaran

8.30 pagi - 10.30 pagi
Bersama Murid

10.30 pagi - 11.00 pagi
Rehat

11.00 pagi - 12.00 tengah hari
Bersama Murid, Ibu Bapa dan Penjaga

12.00 tengah hari - 1.00 petang
Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

1.00 petang
Bersurai

Friday, June 25, 2010

KLINIK BAHASA INGGERIS UPSR 2010

Setiausaha melayani murid-murid yang menjadi peserta Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010 anjuran Alumni SK Trosor dan Urusetia Klinik UPSR Pustaka Ad'ar Selangor pada 16 Jun 2010 di dewan Sekolah Kebangsaan Trosor.

Terima kasih Puan Rabaiyah (Penolong Kanan Pentadbiran) SK Trosor kerana ringan tulang membantu urusetia dalam pendaftaran klinik.

YDP Alumni SK Trosor tidak ketinggalan membantu urusetia untuk pendaftaran peserta kerana penyertaan adalah amat memuaskan.

Peserta-peserta sedang bersedia untuk memulakan Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010 yang disertai oleh peserta-peserta dari 9 buah sekolah di daerah kecil Sungai Siput.

Setiausaha menerangkan perjalanaan klinik kepada semua peserta dan ucapan aluan serta memperkenalkan penceramah sebagai menandakan klinik akan bermula.

Peserta tekun mendengar ceramah dari penceramah dan bertekad akan memperolehi A dalam subjek Bahasa Inggeris dalam UPSR nanti.


Penceramah (Tuan Haji Ibrahim bin Haji Tahir) bersama dengan Penaja (Tuan Haji Dasuki bin Haji Raof) sedang menikmati hidangan waktu rehat.

Peserta perempuan sedang menikmati hidangan waktu rehat dan selepas ini akan meneruskan klinik bagi slot yang kedua pula.

Peserta lelaki juga turut menikmati juadah waktu rehat sambil berbual dan berkenaan sesama mereka kerana dalam situasi inilah mereka dapat bertukar fikiran dan pemgalaman.

Penceramah (Tuan Haji Ibrahim bin Haji Tahir) yang digelar Sir Ibrahim sedang menerangkan cara-cara bagaimana boleh mendapatkan A dalam subjek Bahasa Inggeris dalam UPSR.

Penyelaras PKG Sungai Siput (Cikgu Mohd. Yusri bin Shahrehan) sedang memastikan setiap rakaman dapat dibuat dengan jayanya.

YDP Alumni SK Trosor (Tuan Haji Abdul Mutai bin Mat Norddin) sedang memberi ucapan dalam majlis penutup Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010.

Peserta-peserta mendengar dengan ponuh kusyuk setiap ucapan dalam majlis penutup Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010 tersebut.

YDP Alumni SK Trosor (Tuan Haji Abdul Mutai bin Mat Norddin) menyampai cenderamata kepada Penaja (Tuan Haji Dasuki bin Haji Raof).

YDP Alumni SK Trosor (Tuan Haji Abdul Mutai bin Mat Norddin) menyampaikan cenderamata kepada Penceramah (Tuan Haji Ibrahim bin Haji Tahir).

Peserta berjalan pulang dengan penuh harapan agar mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2010 nanti.

Peserta-peserta meninggalkan perkarangan SK Trosor menandakan telah selesainya Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010. Alumni SK Trosor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berdoa agar semua peserta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2010 nanti.

Saturday, March 13, 2010

MESYUARAT AGUNG ALUMNI SK TROSOR

MESYUARAT AGUNG KALI KE-4

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor (PBPSKT - Alumni SK Trosor) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 pada ketetapan berikut:-

TARIKH:-
26 Mac 2010 (10 Rabiul-Akhir 1431)
HARI:-
Jumaat
JAM:-
9.00 malam
TEMPAT:-
Kantin, Sekolah Kebangsaan Trosor
PERASMIAN OLEH:-
Tuan Haji Ahmad Dasuki bin Haji Abd. Raof, PJK
EXCO Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM)
Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sehubungan itu, SEMUA AHLI adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat agung tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah amat diperlukan demi untuk kemajuan persatuan ini.

SELAMAT BERSIDANG
TERIMA KASIH.