SEMOGA BERJAYA
Kepada anak-anak Trosor yang akan menduduki SPM dan STPM 2012, ALUMNI SK
Trosor mendoakan menghadapi peperiksaan dengan tenang dan akan mencapai
kejayaan yang cemerlang.
ALUMNI SK Trosor mengalu-alukansumbangan anda terutama daripada bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor melalui RHB Islamic Bank Berhad No. Akaun:- 1-58226-0004113-4
ALUMNI SK TROSOR
NAMA DAN ALAMAT:- PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TROSOR, d/a Sekolah Kebangsaan Trosor, 31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan.
NOMBOR PENDAFTARAN:- 1687 - 06 - PRK
TUJUAN DAN MATLAMAT
1. Tujuan pertubuhan ini ialah untuk menemukan semula seberapa ramai mungkin bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor, Sungai Siput (U), Perak serta untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahlinya
2. Memberi sumbangan serta bantuan dalam bentuk buah fikiran, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program-program untuk peningkatan prestasi Sekolah Kebangsaan Trosor, Sungai Siput (U), Perak terutamanya dalam bidang akademik pelajar-pelajar sekolah ini.
KEAHLIAN
1. Ahli-ahli pertubuhan ini terbuka kepada semua yang merupakan lepasan Sekolah Kebangsaan Trosor, Sungai Siput (U), Perak yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun. Individu yang bukan lepasan Sekolah Kebangsaan Trosor tidak boleh diterima menjadi ahli.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkinkepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli
4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan
AKTIVITI TAHUNAN
1. Majlis Bacaan Yassin:- a) UPSR b) PMR c) SPM d) STPM
2. Sumbangan Kewangan:- a) Sukan Olahraga Tahunan b) Majlis Anugerah Kecemerlangan
3. Perjumpaan:- a) Malam Silaturrahim Aidilfitri
4. UPSR:- a) Program Motivasi b) Bengkel Teknik Menjawab Soalan c) Program Jati Diri
PERANCANGAN 2011
1. Motivasi Kecemerlangan Pelajar:- a) UPSR b) PMR
2. Teknik Menjawab Soalan:- a) UPSR
3. Perjumpaan Alumni:- a) Makan Malam b) Malam Silaturrahim
No comments:
Post a Comment