SEMOGA BERJAYA
Kepada anak-anak Trosor yang akan menduduki SPM dan STPM 2012, ALUMNI SK
Trosor mendoakan menghadapi peperiksaan dengan tenang dan akan mencapai
kejayaan yang cemerlang.
Sunday, November 4, 2012
Monday, September 24, 2012
BERSAMA-SAMA MENDOAKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK TROSOR
untuk calon-calon
PMR, SPM & STPM 2012
(anak-anak Trosor)
pada 4 Oktober 2012 (Khamis)
di Masjid al-Tarsawiyah Kampung Trosor
mula selepas solat Maghrib
Semua calon-calon PMR, SPM dan STPM (anak-anak Trosor) adalah dijemput hadir dan bersama-samalah kita mendoakan kejayaan anak-anak Trosor.
Labels:
Alumni,
calon PMR,
SPM dan STPM dan Ibu Bapa
Monday, September 10, 2012
SELAMAT MENEMPUH UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2012
Ucapan Selamat Menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Trosor.
Wednesday, July 4, 2012
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2012
PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2012
Kepada semua Bekas Pelajar SK Trosor,
Sumbangan dan sokongan anda adalah amat diperlukan bagi menjayakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2012 ini. Setiap sumbangan hendaklah dimasukkan ke RHB ISLAMIC Bank Berhad, Nombor Akaun:- 1-58226-0004113-4 (Akaun ALUMNI SK TROSOR)
Monday, February 6, 2012
PROGRAM KEIBUBAPA DAN MURID TAHUN ENAM
PROGRAM BERSAMA IBU BAPA PENJAGA DAN MURID TAHUN ENAM
TARIKH
18 Februari 2012 (25 Rabiul-Awal 1433)
HARI
Sabtu
JAM
2.00 petang
TEMPAT
Dewan Sekolah Kebangsaan Temin
PESERTA
Ibu Bapa dan Penjaga serta Murid Tahun Enam 2012 Sekolah Kebangsan Trosor
dan
Sekolah Kebangsaan Temin.
TARIKH
18 Februari 2012 (25 Rabiul-Awal 1433)
HARI
Sabtu
JAM
2.00 petang
TEMPAT
Dewan Sekolah Kebangsaan Temin
PESERTA
Ibu Bapa dan Penjaga serta Murid Tahun Enam 2012 Sekolah Kebangsan Trosor
dan
Sekolah Kebangsaan Temin.
Saturday, January 28, 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN TROSOR WAJAH BARU
Apa yang dimaklumkan bahawa semua warga Sekolah Kebangsaan Trosor akan berpindah ke bangunan baru mulai Jun 2012. Syukur alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat warga Trosor dan sekitarnya mendapat sekolah yang baru bagi menggantikan sekolah yang lama kawasannya pun sempit.
Laluan berbumbung di pintu kecil atau pintu ketiga. Warga Trosor yang menghantar anak-anak mereka dengan kenderaan akan berhenti dan menurunkan anak mereka di sini. Laluan berbumbung ini akan mengelakkan dari panas matahari dan juga hujan.
Papan tanda nama sekolah yang tersergam indah sebagai perkenalan nama sekolah kepada semua pengunjung atau pelawat.
Di belakang bangunan kantin sekolah terdapat sebuah lagi pintu kecil yang menghala ke bangsal basikal yang beratap dan terdapat laluan berbumbung menuju kantin sekolah dan bangunan utama.
Pintu utama Sekolah Kebangsaan Trosor sebagai laluan utama warga Sekolah Kebangsaan Trosor. Papan tanda nama sekolah di sebelah kiri pintu utama.
Dua buah bangunan sekolah. Sebuah bangunan tiga tingkat dan sebuah bangunan dua tingkat. Bangunan tiga tingkat menempatkan bilik pentabiran dan bilik-bilik khas. Manakala bangunan dua tingkat pula menempatkan bilik-bilik darjah.
Bangunan kantin sekolah yang dihubungi laluan berbumbung ke bangunan utama tiga tingkat yang menempat pejabat pentadbiran dan bilik-bilik khas seperti bilik sains, bilik makmal, bilik pusat sumber dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)