Friday, April 8, 2011

MESYURAT AGUNG ALUMNI SK TROSOR KALI KE-5

Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor (ALUMNI SK Trosor) telah dijalankan pada 8 April 2011 (Jumaat) Jam 9.00 malam. Mesyuarat Agung kali ke-5 ini telah dirasmikan oleh seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor.  Beliau merupakan mantan Penasihat Undang-Undang Tenaga Nasional Berhad dan kini merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam pertanian dan ternakan ayam.
 Yang Dipertua ALUMNI SK Trosor Abdul Mutai bin Mat Norddin 
menyampaikan cenderamata kepada 
Kamalul Ariffin bin Haji Othman 
(Mantan Penasihat Undang-Undang TNB)
yang merasmikan Mesyuarat Agung ALUMNI SK Trosor kali ke-5 ini.

Bersembang-sembang sambil menunggu Mesyuarat  Agung bermula, Mesti ada yang menarik hati antara kedua-dua mereka ini atau pun bersembang mengenai projek-projek yang bakal dijalankan. Maklumlah kedua-dua mereka usahawan yang berjaya.

Sebahagian ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung ALUMNI SK Trosor kali ke-5. 
Masing-masing hadir membawa semangat yang tinggi untuk bersama-sama memantapkan persatuan ini. 
Lihat mereka dengan gaya yang tersendiri.

Mesyuarat Agung sedang berjalan. Masing-masing meneliti Penyata Mesyuarat Agung di tangan.
Ahli-ahli wanita turut memberi komitmen yang tinggi terhadap ALUMNI SK Trosor ini.

1 comment:

  1. Dah boleh masuk TADIKA ALUMNI SK Trosor nih yerk? Umo dah masuk lima tahon.

    ReplyDelete