Thursday, September 16, 2010

MALAM SILATURRAHIM ALUMNI SK TROSOR

Alumni SK Trosor telah mengadakan majlis Malam Silaturrahim pada 11.9.2010 bersamaan 2 Syawal 1431 (Sabtu) bertempat di Kantin Sekolah Kebangsaan Trosor. Majlis ini bermula jam 9.00 malam dengan agenda berikut:-
Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis
Bacaan doa
Ucapan Yang Dipertua Alumni SK Trosor
Ucapan Tetamu Undangan
Jamuan Hari Raya

Pengacara majlis, Ustaz Yasmin bin Mohd. Jawi, menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua alumni SK Trosor yang hadir pada malam itu.

Yang Dipertua Alumni SK Trosor, Cikgu Abdul Mutai bin Mat Norddin sedang menyampaikan ucapan. Di sebelah beliau ialah Encik Mohd. Fauzi bin Mustafa, Penghulu Mukim Pulau Kemiri dan kiri sekali ialah Encik Safian bin Ismail, tetamu jemputan yang juga Alumni SK Trosor.

Tetamu undangan, Encik Safian bin Ismail sedang menyampaikan ucapannya dalam majlis Malam Silaturrahim Alumni SK Trosor. Beliau adalah salah seorang alumni SK Trosor yang telah berjaya dalam kerjayanya dan menjadi kebanggaan kepada semua.

Majlis Malam Silaturrahim dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta bacaan doa oleh Ustaz Yasmin bin Mohd. Jawi.

Alumni SK Trosor yang hadir mendengar ucapan dengan penuh kusyuk. Dalam hati deme nih mungkin berkata; "Baguih juge majlis ini diadakan tiap tahun, boleh juge jumpe kekawan sekolah rendah dulu....."

Ini le sekolah mak kecik-kecik dulu, beritahu si ibu kepada anak keciknyer. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat belajor.

Anak kecik ini pun dengor ucapan penuh kusyuk dan dalam hati berkata; "kalo ramei lagi datang kan ker sonok. Boleh jumpe anak-anak kekawan mak ngan ayah."

Masih mendengor ucapan. Ucapan tetamu undangan terutamanyer amat menarik kerana menceritakan kisah beliau semase di sekolah rendah dulu dan bagaimana beliau boleh berjaya sekarang ini.

Sampa kuyu mata. Ngantuk ker ato kusyuk bebeno? Camner pun jejaka tampan nih memang semedang hadir ke majlis seperti ini. Syabas dan tahniah.

Ape yang diborakkan Ustaz Yasmin tuh? Sampa ternganga mulut Cikgu Yusri tuh. Awas tutup cepat mulut tuh nanti terojon pulak lalat.

Srikandi Alumni SK Trosor yang turut hadir ke Majlis Malam Silaturrahim Alumni SK Trosor. Nengok gambo deme nih teringat teman kisah Tiga Dara Pinggitan dalam majalah Gila-Gila tuh. Jangan marah yer yong-yong seme, teman ngusik ajer.

Apa yang dijeling oleh Zainal Alam tuh? Kongsi-kongsi ler sikit dengan jejaka tampan kat belakang mike tuh. Nanti merajuk pulak dia bile mike tak nak kongsi pemandangan.


Apa yang membuat deme nih ketawa besor? Kelihatan dalam gambor, Haji Ishak Ismail, Hamiri Puteh Ismail dan Yasmin Mohd. Jawi. Kongsi-kongsi ler same citer yang melucukan tuh. Bior same-same dapat gelak sakan.

Kaut dik oiii, kaut. Bior mombong pinggan tuh tak per. Pasai makan mengkome jangan kire. Yang penting datang ke majlis ni mesti kenyang.

Fuyo, tiga beradik berbaris ngambik makanan kat belakang haji kecik tuh. Semangat bebeno tiga beradik tuh nak datang ke majlis Malam Silaturrahim Alumni SK Trosor sebab nak jumpe kekawan lama katakan.

Makan, jangan tak makan. Kalo tak makan lapor pulak nanti bile dah balik ke ghumah. Nanti isteri tanye naper tak makan kat majlis tuh. Elok pulak nasi kat dapor dah dihabiskan oleh anak-anak. Naya ler jadinyer, kene melelor ke kedai maner-maner yang bukak.

Sedap jugak ayor Sunga Pelus nih yerk? Aku dah tambah empat gelas, terlagi-lagi nak minum. Gitu agaknyer yang difikiokan oleh yong berbaju itam nih. Memang pon mengkome, ayor Sunga Pelus sememang lazat. Sape tak cayer boleh datang ke Trosor.

Ape yang dijenguk oleh Mat Amin tuh? Nak kate makanan dah abis, kat pinggan dier masih manyak lagi. Ayor pun dekat penuh gelas. Si Syam tuh pulak ape yang difikiokannyer. Mike tak makan ker Syam? Takde pun makanan kat depan mike?

Jawatankuasa Alumni SK Trosor, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis Malam Silaturrahim Alumni SK Trosor baru-baru ini. Semoga dengan penglibatan semua Alumni SK Trosor akan terus bergerak maju demi untuk kemajuan semua.
TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment