Monday, September 9, 2013

SEMOGA CEMERLANG ANAK-ANAK TROSOR

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2013
Mulai 10 September 2013 hingga 12 September 2013
(Selasa hingga Khamis)

Didoakan pencapaian yang cemerlang akan dikecapi oleh anak-anak Trosor yang akan menduduki UPSR pada tahun 2013 ini.



Monday, March 18, 2013

PROGRAM GENERASI WAWASAN SATU

PROGRAM GENERASI WAWASAN SATU
Tarikh:- 23 - 24 Mac 2013 (11 - 12 Jamadilawal 1434)
Hari:- Sabtu dan Ahad
Tempat:- Masjid At-Tarsawiah Kampung Trosor
Peserta:- 80 orang murid Tahun Enam 2013 (SK Temin, SK Trosor dan SK Seroli)

Tentatif Program:-
Sabtu - 23 Mac 2013 (11 Jamadilawal 1434)
7.00 pm - 9.30 pm:- Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isyak

Ahad - 24 Mac 2013 (12 Jamadilawal 1434)
4.30 am - 8.00 am:- Qiamulai, Solat Subuh dan Kuliah Subuh

Semua Ibu Bapa dan Penjaga peserta dan Anak-anak Trosor dijemput hadir.
ANJURAN ALUMNI SK TROSOR

Saturday, February 16, 2013

MOTIVASI DAN STRATEGI PECUTAN AWAL UPSR 2013

MOTIVASI DAN STRATEGI PECUTAN AWAL UPSR 2013
Tarikh:- 19 Februari 2013 (Selasa)
Mulai:- 2.00 petang
Tempat:- Dewan Sekolah Kebangsaan Trosor
Penceramah:- Encik Muhamad Azir bin Ismail (Antana Pintar)
Anjuran:- ALUMNI SK Trosor

Agenda Program:-
2.00 petang - 3.00 petang : Bersama anak-anak Tahun Enam
3.00 petang - 3.30 petang : Rehat
3.30 petang - 4.30 petang : Bersama ibu bapa dan penjaga
4.30 petang - 5.00 petang : Bersama ibu bapa dan penjaga serta anak-anak
5.00 petang : Bersurai

Semua anak-anak Trosor (Tahun Enam 2013) dijemput hadir

Sunday, November 4, 2012

SPM 2012 DAN STPM 2012

SEMOGA BERJAYA
 Kepada anak-anak Trosor yang akan menduduki SPM dan STPM 2012, ALUMNI SK Trosor mendoakan menghadapi peperiksaan dengan tenang dan akan mencapai kejayaan yang cemerlang.

Monday, September 24, 2012

BERSAMA-SAMA MENDOAKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK TROSOR


MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT
untuk calon-calon 
PMR, SPM & STPM 2012
(anak-anak Trosor)

pada 4 Oktober 2012 (Khamis)
di Masjid al-Tarsawiyah Kampung Trosor
mula selepas solat Maghrib

Semua calon-calon PMR, SPM dan STPM (anak-anak Trosor) adalah dijemput hadir dan bersama-samalah kita mendoakan kejayaan anak-anak Trosor.

Monday, September 10, 2012

SELAMAT MENEMPUH UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2012

Ucapan Selamat Menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Trosor.

Wednesday, July 4, 2012

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2012

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2012
Kepada semua Bekas Pelajar SK Trosor,
Sumbangan dan sokongan anda adalah amat diperlukan bagi menjayakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2012 ini. Setiap sumbangan hendaklah dimasukkan ke RHB ISLAMIC Bank Berhad, Nombor Akaun:- 1-58226-0004113-4 (Akaun ALUMNI SK TROSOR)


Monday, February 6, 2012

PROGRAM KEIBUBAPA DAN MURID TAHUN ENAM

PROGRAM BERSAMA IBU BAPA PENJAGA DAN MURID TAHUN ENAM

TARIKH
18 Februari 2012 (25 Rabiul-Awal 1433)

HARI
Sabtu

JAM
2.00 petang

TEMPAT
Dewan Sekolah Kebangsaan Temin

PESERTA
Ibu Bapa dan Penjaga serta Murid Tahun Enam 2012 Sekolah Kebangsan Trosor
dan
Sekolah Kebangsaan Temin.

Saturday, January 28, 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TROSOR WAJAH BARU

Apa yang dimaklumkan bahawa semua warga Sekolah Kebangsaan Trosor akan berpindah ke bangunan baru mulai Jun 2012. Syukur alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat warga Trosor dan sekitarnya mendapat sekolah yang baru bagi menggantikan sekolah yang lama kawasannya pun sempit.

Papan tanda nama sekolah yang tersergam indah sebagai perkenalan nama sekolah kepada semua pengunjung atau pelawat.

Di belakang bangunan kantin sekolah terdapat sebuah lagi pintu kecil yang menghala ke bangsal basikal yang beratap dan terdapat laluan berbumbung menuju kantin sekolah dan bangunan utama.

Pintu utama Sekolah Kebangsaan Trosor sebagai laluan utama warga Sekolah Kebangsaan Trosor. Papan tanda nama sekolah di sebelah kiri pintu utama.

Dua buah bangunan sekolah. Sebuah bangunan tiga tingkat dan sebuah bangunan dua tingkat. Bangunan tiga tingkat menempatkan bilik pentabiran dan bilik-bilik khas. Manakala bangunan dua tingkat pula menempatkan bilik-bilik darjah.

Laluan berbumbung di pintu kecil atau pintu ketiga. Warga Trosor yang menghantar anak-anak mereka dengan kenderaan akan berhenti dan menurunkan anak mereka di sini. Laluan berbumbung ini akan mengelakkan dari panas matahari dan juga hujan.
Bangunan kantin sekolah yang dihubungi laluan berbumbung ke bangunan utama tiga tingkat yang menempat pejabat pentadbiran dan bilik-bilik khas seperti bilik sains, bilik makmal, bilik pusat sumber dan sebagainya.

Pondok pengawal keselamatan di pintu utama yang menjadi lalu utama warga Sekolah Kebangsaan Trosor dan pelawat. Keselamatan adalah diutamakan kepada setiap sekolah.