Saturday, January 28, 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TROSOR WAJAH BARU

Apa yang dimaklumkan bahawa semua warga Sekolah Kebangsaan Trosor akan berpindah ke bangunan baru mulai Jun 2012. Syukur alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat warga Trosor dan sekitarnya mendapat sekolah yang baru bagi menggantikan sekolah yang lama kawasannya pun sempit.

Papan tanda nama sekolah yang tersergam indah sebagai perkenalan nama sekolah kepada semua pengunjung atau pelawat.

Di belakang bangunan kantin sekolah terdapat sebuah lagi pintu kecil yang menghala ke bangsal basikal yang beratap dan terdapat laluan berbumbung menuju kantin sekolah dan bangunan utama.

Pintu utama Sekolah Kebangsaan Trosor sebagai laluan utama warga Sekolah Kebangsaan Trosor. Papan tanda nama sekolah di sebelah kiri pintu utama.

Dua buah bangunan sekolah. Sebuah bangunan tiga tingkat dan sebuah bangunan dua tingkat. Bangunan tiga tingkat menempatkan bilik pentabiran dan bilik-bilik khas. Manakala bangunan dua tingkat pula menempatkan bilik-bilik darjah.

Laluan berbumbung di pintu kecil atau pintu ketiga. Warga Trosor yang menghantar anak-anak mereka dengan kenderaan akan berhenti dan menurunkan anak mereka di sini. Laluan berbumbung ini akan mengelakkan dari panas matahari dan juga hujan.
Bangunan kantin sekolah yang dihubungi laluan berbumbung ke bangunan utama tiga tingkat yang menempat pejabat pentadbiran dan bilik-bilik khas seperti bilik sains, bilik makmal, bilik pusat sumber dan sebagainya.

Pondok pengawal keselamatan di pintu utama yang menjadi lalu utama warga Sekolah Kebangsaan Trosor dan pelawat. Keselamatan adalah diutamakan kepada setiap sekolah.