Wednesday, April 27, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor 
(ALUMNI SK TROSOR)
akan menganjurkan
PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
pada ketetapan berikut:-


Tarikh:- 14 Mei 2011 (10 Jamadil-Akhir 1423)
Hari:- Sabtu
Masa:- 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Subjek:- Bahasa Melayu dan Sains
Tempat:- Sekolah Kebangsaan Trosor

Tarikh:- 21 Mei 2011 (17 Jamadil-Akhir 1423)
Hari:- Sabtu
Masa:- 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Subjek:- Bahasa Inggeris dan matematik
Tempat:- Sekolah Kebangsaan Trosor 



Peserta adalah terdiri dari semua murid Tahun Enam
Sekolah Kebangsaan Trosor

Untuk menjayakan program ini, ALUMNI SK Trosor memerlukan bantuan dan sumbangan dari semua bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor. Sehubungan itu bantuan dan sumbangan anda hendaklah dimasukkan ke akaun ALUMNI SK Trosor seperti berikut,
RHB Islamik Bank Berhad  
No Akaun:- 1 - 58226 - 0004113 - 4


BANTUAN DAN SUMBANGAN ANDA DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

Friday, April 8, 2011

MESYURAT AGUNG ALUMNI SK TROSOR KALI KE-5

Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor (ALUMNI SK Trosor) telah dijalankan pada 8 April 2011 (Jumaat) Jam 9.00 malam. Mesyuarat Agung kali ke-5 ini telah dirasmikan oleh seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Trosor.  Beliau merupakan mantan Penasihat Undang-Undang Tenaga Nasional Berhad dan kini merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam pertanian dan ternakan ayam.
 Yang Dipertua ALUMNI SK Trosor Abdul Mutai bin Mat Norddin 
menyampaikan cenderamata kepada 
Kamalul Ariffin bin Haji Othman 
(Mantan Penasihat Undang-Undang TNB)
yang merasmikan Mesyuarat Agung ALUMNI SK Trosor kali ke-5 ini.

Bersembang-sembang sambil menunggu Mesyuarat  Agung bermula, Mesti ada yang menarik hati antara kedua-dua mereka ini atau pun bersembang mengenai projek-projek yang bakal dijalankan. Maklumlah kedua-dua mereka usahawan yang berjaya.

Sebahagian ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung ALUMNI SK Trosor kali ke-5. 
Masing-masing hadir membawa semangat yang tinggi untuk bersama-sama memantapkan persatuan ini. 
Lihat mereka dengan gaya yang tersendiri.

Mesyuarat Agung sedang berjalan. Masing-masing meneliti Penyata Mesyuarat Agung di tangan.
Ahli-ahli wanita turut memberi komitmen yang tinggi terhadap ALUMNI SK Trosor ini.