Friday, June 25, 2010

KLINIK BAHASA INGGERIS UPSR 2010

Setiausaha melayani murid-murid yang menjadi peserta Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010 anjuran Alumni SK Trosor dan Urusetia Klinik UPSR Pustaka Ad'ar Selangor pada 16 Jun 2010 di dewan Sekolah Kebangsaan Trosor.

Terima kasih Puan Rabaiyah (Penolong Kanan Pentadbiran) SK Trosor kerana ringan tulang membantu urusetia dalam pendaftaran klinik.

YDP Alumni SK Trosor tidak ketinggalan membantu urusetia untuk pendaftaran peserta kerana penyertaan adalah amat memuaskan.

Peserta-peserta sedang bersedia untuk memulakan Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010 yang disertai oleh peserta-peserta dari 9 buah sekolah di daerah kecil Sungai Siput.

Setiausaha menerangkan perjalanaan klinik kepada semua peserta dan ucapan aluan serta memperkenalkan penceramah sebagai menandakan klinik akan bermula.

Peserta tekun mendengar ceramah dari penceramah dan bertekad akan memperolehi A dalam subjek Bahasa Inggeris dalam UPSR nanti.


Penceramah (Tuan Haji Ibrahim bin Haji Tahir) bersama dengan Penaja (Tuan Haji Dasuki bin Haji Raof) sedang menikmati hidangan waktu rehat.

Peserta perempuan sedang menikmati hidangan waktu rehat dan selepas ini akan meneruskan klinik bagi slot yang kedua pula.

Peserta lelaki juga turut menikmati juadah waktu rehat sambil berbual dan berkenaan sesama mereka kerana dalam situasi inilah mereka dapat bertukar fikiran dan pemgalaman.

Penceramah (Tuan Haji Ibrahim bin Haji Tahir) yang digelar Sir Ibrahim sedang menerangkan cara-cara bagaimana boleh mendapatkan A dalam subjek Bahasa Inggeris dalam UPSR.

Penyelaras PKG Sungai Siput (Cikgu Mohd. Yusri bin Shahrehan) sedang memastikan setiap rakaman dapat dibuat dengan jayanya.

YDP Alumni SK Trosor (Tuan Haji Abdul Mutai bin Mat Norddin) sedang memberi ucapan dalam majlis penutup Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010.

Peserta-peserta mendengar dengan ponuh kusyuk setiap ucapan dalam majlis penutup Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010 tersebut.

YDP Alumni SK Trosor (Tuan Haji Abdul Mutai bin Mat Norddin) menyampai cenderamata kepada Penaja (Tuan Haji Dasuki bin Haji Raof).

YDP Alumni SK Trosor (Tuan Haji Abdul Mutai bin Mat Norddin) menyampaikan cenderamata kepada Penceramah (Tuan Haji Ibrahim bin Haji Tahir).

Peserta berjalan pulang dengan penuh harapan agar mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2010 nanti.

Peserta-peserta meninggalkan perkarangan SK Trosor menandakan telah selesainya Klinik Bahasa Inggeris UPSR 2010. Alumni SK Trosor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berdoa agar semua peserta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2010 nanti.